BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 3, 2010

KAU ATAU AKU

siapa kau?
siapa aku?
kita adalah sama,
kita adalah manusia,
tapi,
apa yang membezakan kita?
warna kulit?
suara?
rambut?
atau perangai kita?
biarpun luaran kita berbeza namun zahirnya kita tetap manusia,
hanya peribadi kita mampu berbeza,
walaupun kau berkulit putih cerah berseri
belum tentu hatimu bersih dan suci,
kau kata aku hitam ibarat buntut kuali,
namun apakah hatiku sehitam buntut kuali itu?
kau kata usahlah berangan menjadi kapas,
yang putih dan berseri,
aku terima,
mana bisa kuali yang hitam bertukar menjadi kapas yang putih,
kuali itu berat diperbuat daripada besi,
sedangkan kapas itu lahiriahnya memang ringan dan begitu bentuknya,
manusia,
kau rasa kau lah yang benar,
kau putih,
kau rasa kau berjiwa murni,
hakikatnya,
mengapa semua orang tidak pernah kekal berkawan dengan kau?
tidakkah kau sedar akan ittu semua?
kau berfikir orang semua dengki dan cemburu dengan kelebihanmu,
hakikatnya,
sikapmu, peribadimu yang menjengkelakn,
kau sudah mengibaratkan dirimu seperti malaikat,
hanya orang lain yang membuat salah kepadamu,
namun kau tidak pernah mengakui kesalahanmu,
pabila ditegur, kau berkata itu memang caramu,
apa lagi mahu dikata?
KAU atau AKU yang jahat?
KAU atau AKU yang bersalah?
teman-temanmu semua sudah tiada,
kau hanya seorang diri,
meluahkan rasa di dalam blog,
mengapa tidak bersemuka sahaja?
apa kau takut mengakuinya???
takut menghadapi kebenaran?
atau kau bimbang kepura-puraanmu terbongkar,
dan kau takut menerima kebenaran..
yang sudah JELAS kau bersalah...

by Gjol Teddy

0 comments:

LINK

Related Posts with Thumbnails